LAMAN UTAMA MYPORTAL TUTORIAL KOLEKSI SUARA KITA


PROMOSI PERCUMA GUNA BLOG

Salam sejahtera semua,

Maaf, memang dah lama tak update. Terlalu busy dengan kerja - kerja offline. Pada masa yang sama sempat juga mendalami ilmu perniagaan online secara lebih serius dengan beberapa orang otai IM (Internet Marketing).

Ada antara kita yang mempunyai produk yang berkualiti (fizikal atau digital), laman web jualan yang power ayat jualannya, grafik yang bermutu tinggi dan cantik. Tapi produk tidak terjual, kunjungan pelawat amat kurang ke web jualan dan akhirnya perniagaan online gagal. Ianya gagal kerana satu sebab iaitu kekurangan PROMOSI.

Promosi terbahagi kepada dua jenis: BERBAYAR DAN PERCUMA. Sebagai pemanas badan, BP akan mendedahkan beberapa teknik promosi secara percuma.

BLOG

- Bina blog dan kongsikan info - info yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Pengunjung blog mungkin bertukar kepada pembeli kerana yakin dengan kredibiliti yang anda bina melalui penulisan dan perkongsian maklumat di blog anda. Terdapat personal touch di situ.

- Senaraikan blog yang mempunyai niche (topik / sama bidang) yang sama dengan produk / perkhidmatan anda. Contohnya anda menjual perisian antivirus. Jadi blog yang berkaitan dengan komputer amat relevan dengan niche anda. Tinggalkan komen di post / tulisan artikel terbaru pemilik blog tersebut. Komen anda mestilah menampakkan pengetahuan anda dalam bidang tersebut. Ini akan menarik minat pengunjung laman web tersebut untuk lebih mengenali anda dan produk yang anda jual.

- lakukan pertukaran link blog dengan admin blog yang mempunyai niche yang sama / hampir sama dengan niche produk / blog anda. Misalnya anda menjual alat penjimat minyak kenderaan, anda boleh bertukar link dengan blog menjual kereta. Cukup dulu tip promosi percuma untuk hari ini.

PS: Tanpa tindakan, ilmu yang diperolehi hanya sia - sia. Mari kita sama - sama bertindak demi kejayaan bersama.
 


>> Baca seterusnya

AFFILIATTE - PENDAPATAN ONLINE TANPA MODAL
 

Salam ceria sahabat BP,

Terdapat beberapa cara untuk menjana pendapatan online tanpa modal. Salah satunya ialah program affiliate / agen pemasaran maya. Para peniaga online menggunakan program affilite untuk merekrut / melantik agen memasar / memperkenalkan produk mereka kepada komuniti siber (blog / website / facebook dll). Kaedah ini membolehkan peniaga menjimatkan kos pegiklanan kerana hanya perlu membayar komisen di atas jualan yang berjaya dilakukan melalui link affilite agen.

Kebanyakkan program affilite adalah percuma untuk disertai. Jika anda rajin melawat laman jualan produk digital mahupun fizikal, ada di antaranya menawarkan program affiliate untuk disertai. Jeling2 ke penjuru kanan atas (biasanya), perkataan affilite untuk menyertainya.

Komisen yang dibayar agak lumayan jika melibatkan produk digital seperti ebook iaitu sekitar 40% - 60%. Kebiasaannya 50%. Jika produk fizikal, komisyennya rendah sedikit. Cumanya, kemungkinan belian berulang lebih memihak kepada produk fizikal.

Jika anda pertama kali ingin menceburi program affilite, nasihat saya bacalah peraturan dengan teliti. Biasanya bahan promosi seperti banner (macam kat atas) disediakan.

RESELLER DAN BONUS TAMBAHAN
 

Salam ceria sahabat BP,

Salah satu teknik membeli ebook / produk digital adalah dengan membeli daripada reseller (orang yang diberi hak oleh pemilik asal untuk melakukan jualan produknya dan biasanya keuntungan adalah 100% dinikmati reseller). Reseller biasanya perlu membayar sejumlah amaun untuk mendapatkan hak sebagai reseller (Biasanya 3-5 kali ganda harga produk asal).

Kebaikan membeli produk daripada reseller ialah, biasanya kita akan mendapat bonus tambahan daripada reseller. Keadaan ini berlaku kerana persaingan sesama reseller dan juga dengan pemilik asal produk berkenaan. Jadi, jika anda berminat untuk membeli sesuatu produk digital / ebook, anda digalakkan meneliti beberapa website yang menawarkan produk yang sama dan bandingkan bonus yang ditawarkan.

Sebagai contoh, banner di atas adalah pengiklanan produk "KUASA FORUM" oleh seorang reseller (perhatikan banner pemilik asal di artikel saya sebelum ini - MEMBINA KREDIBILITI). Menariknya, BONUS yang ditawarkan amat berbaloi untuk dimiliki iaitu, "Sistem Rahsia V2.0". Bonus ini berkaitan ilmu - ilmu perniagaan internet dan penerangannya amat tersusun. Sila klik banner di atas untuk maklumat lanjut.

 
KUASA PEMASARAN EMAIL
 

Salam mesra sahabat BP,

BP ada satu lagi ebook percuma yang berkaitan dengan pemasaran / promosi melalui email. Jika anda download ebook ini (banner sebelah), selain mendapat gambaran yang lebih jelas teknik dan kepentingan mengumpul senarai email (mailing list), anda juga berpeluang menyertai program PPL yang mana anda akan dibayar RM 0.30 untuk setiap download. Tarikh tutup program PPL ialah 31 jun 2009.

Kenapa perlunya mengumpul senarai email? Cuba anda bayangkan,jika anda mempunyai senarai email sebanyak 2000,kemudian anda jual produk dengan harga rm 30.00. Seterusnya anda hantarkan sebuah email promosi kepada mereka. Jika hanya 20% sahaja pun daripada senarai email anda tersebut membeli,anda sudah mendapat  keuntungan sebanyak RM 12,000. Begitulah hebatnya kuasa pemasaran email.

Jika anda ingin tahu apakah kelebihan dan tips berkenaan pemasaran email, anda boleh klik banner di sebelah untuk mendapatkan ebook / report percuma.

Katakan jika sehari anda mengumpul sebanyak 10 senarai email, setahun anda sudah mempunyai sebanyak 3650 senarai email. Masuk tahun kedua anda sudah mampu untuk memiliki 7300 senarai email.Bayangkan jika anda bazirkan masa selama 2
tahun tanpa mengumpul senarai email,anda sebenarnya telah kerugian lebih kurang 7300 senarai email yang mampu menghasilkan jualan sekurang-kurangnya rm 20,000 setahun.

Salah satu sebab utama kenapa penting dan perlunya anda untuk memiliki senarai email
ialah "Mudah Untuk anda Memasarkan Produk Sendiri". Bayangkan jika anda memiliki 10,000 senarai email sendiri. Dari sini anda sudah mempunyai pasaran anda sendiri dan dengan hanya sekali klik sahaja, email promosi anda telah sampai ke beribu-ribu pelanggan anda,dan kemudian anda pasti tersenyum melihat hasilnya.

Dengan adanya pasaran sendiri juga daripada senarai yang anda bina sebenarnya dapat
mengurangkan pergantungan terhadap orang lain kerana anda boleh berdiri atau bergantung sepenuhnya atas senarai yang anda bina.

Untuk makluman anda, ebook percuma ini dan sebahagian besar artikel ini adalah sumbangan Team Aspirasi Cyber yang akan mengeluarkan ebook Kuasa Pemasaran Email (Versi penuh - berbayar) pada 25 Jun 2009.


>> Baca seterusnya

Page:  1 2 Depan
 


BINAPORTAL a.k.a BP
Ruhaifi @ Binaportal Dealer myportal dan reseller beberapa produk digital berbentuk hands - on. Boleh hubungi saya di :
ruhaifirzk@gmail.com
019 - 9596049

TUTORIAL TERKINI
- MYPORTAL KE MINISITE

JOM SEMBANG
ShoutMix chat widget

JOM SINGGAH
-

-
 
www.ruhaifi.myportal.my

www.usahawanmini.myportal.my
 
  PS: Berminat untuk url website anda dipaparkan di sini selama sebulan? Email / sms / call saya.

PENGUNJUNG
 

TAMBAH SKILL
 



Arkib
 ::  
 ::  
 ::  

hakcipta terpelihara portal Ruhaifi - www.binaportal.myportal.my - email: ruhaifirzk@gmail.com
LAMAN UTAMA MYPORTAL TUTORIAL KOLEKSI SUARA KITA